RUKUN NEGARA
PENGENALAN
RUKUN NEGARA YANG DIBENTUK OLEH KERAJAAN MERUPAKAN SALAH SATU INSTRUMEN UNTUK MEWUJUDKAN PERPADUAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA YANG TERDIRI DARIPADA PELBAGAI KAUM.
MENURUT KAMUS DEWAN (2005),RUKUN NEGARA IALAH FALSAFAH NEGARA MALAYSIA YANG MENDUKUNG LIMA PRINSIP PENTING. RUKUN NEGARA DIHASILKAN BERDASAR KEPERLUAN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA
LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA
- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
- KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
- KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
- KOSPANAN DAN KESUSILAAN
SEJARAH RUKUN NEGARA
YAND Di-PERTUAN AGONG (YDPA) TELAH MENGISYTIHARKAN DARURAT, NEGARA DITADBIR OLEH MAJLIS GERAKAN NEGARA (MAGERAN).(MAGERAN) PULA MENUBUHKAN MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA(MPN) YANG BERTANGGUNGJAWAB MENGGUBAL RUKUN NEGARA.RUKUN NEGARA MERUPAKAN IDEOLOGI NEGARA DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA. IDEOLOGI INI TERCETUS DALAM MESYUARAT PERTAMA MPN PADA 27 JANUARI 1970 DAN DIISYTIHAR SECARA RASMI OLEH YDPA PADA 31 OGOS 1970 KETIKA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
OBJEKTIF
• MENCAPAI PERPADUAN YANG LEBIH ERAT DALAM KALANGAN SELURUH MASYARAKAT,
• MEMELIHARA SATU CARA HIDUP DEMOKRATIK,
• MENCIPTA SATU MASYARAKAT YANG ADIL DI MANA KEMAKMURAN NEGARA DAPAT DINIKMATI BERSAMA SECARA ADIL DAN SAKSAMA,
• MEMBENTUK SATU SIKAP YANG LIBERAL TERHADAP TRADISI KEBUDAYAAN YANG KAYA DAN BERBAGAI-BAGAI CORAK, DAN
• MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT PROGRESIF YANG AKAN MENGGUNAKAN SAINS DAN TEKNOLOGI MODEN
1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
BANGSA DAN NEGARA INI TELAH DIWUJUDKAN ATAS KEPERCAYAAN YANG KUKUH KEPADA TUHAN. MELALUI KEPERCAYAAN BERAGAMA YANG BETUL AKAN MENJADIKAN BANGSA DAN NEGARA INI SEBAGAI SATU BANGSA DAN NEGARA YANG BERDAULAT. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKKAN BAHAWA ISLAM IALAH AGAMA PERSEKUTUAN, TETAPI AGAMA DAN KEPERCAYAAN-KEPERCAYAAN LAIN BOLEH DIAMALKAN DENGAN AMAN DAN TENTERAM DI MANA-MANA BAHAGIAN DI DALAM PERSEKUTUAN. JAWATANKUASA PENGGUBAL RUKUN NEGARA MENYEDARI AKAN PENTINGNYA AGAMA DAN KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA. KETIADAAN AGAMA BOLEH MERUNTUHKAN KEPERIBADIAN SESEORANG DAN JUGA SESUATU BANGSA DAN NEGARA. MENYEDARI BETAPA PENTINGNYA KETEGUHAN PEGANGAN ANGGOTA MASYARAKAT TERHADAP AJARAN AGAMA MASING-MASING, PRINSIP INI TELAH DIPILIH SEBAGAI PRINSIP PERTAMA DALAM RUKUN NEGARA
2.KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
MALAYSIA MENGAMALKAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPELEMBAGAAN DENGAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SEBAGAI KETUA NEGARA. SELARAS DENGAN KEDUDUKAN YANG DI-PERTUAN AGONG SEBAGAI RAJA MENGIKUT PERLEMBAGAAN, SISTEM BERAJA JUGA DIAMALKAN DI SETIAP NEGERI, DAN YANG DI-PERTUA NEGERI BAGI NEGERI-NEGERI YANG TIDAK BERAJA. SERI PADUKA BAGINDA, RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA NEGERI ADALAH MERUPAKAN LAMBANG PERPADUAN RAKYAT. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA BERMAKSUD, BAHAWA SETIAP WARGANEGARA HENDAKLAH MENUMPUKAN SEPENUH TAAT SETIA, JUJUR DAN IKHLAS KEPADA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG. DI PERINGKAT NEGERI PULA, RAKYAT DIKEHENDAKI MENUMPUKAN TAAT SETIA KEPADA RAJA YANG MEMERINTAH NEGERI TEMPAT MEREKA BERMASTAUTIN TANPA MENGURANGKAN TAAT SETIA KEPADA YANG DI-PERTUAN AGONG
3.KELUHURAN PERLEMBAGAAN
PRINSIP INI MENEKANKAN PERLUNYA RAKYAT MENERIMA, MEMATUHI DAN MEMPERTAHANKAN KELUHURAN ATAU KEMULIAAN PERLEMBAGAAN NEGARA. PERLEMBAGAAN NEGARA ADALAH SUMBER PERUNDANGAN YANG TERTINGGI. FUNGSINYA UNTUK MEMBERI PERLINDUNGAN KEPADA SETIAP RAKYAT NEGARA INI AKAN HAK DAN KEISTIMEWAAN MEREKA SEBAGAI WARGANEGARA. SETIAP WARGA NEGARA MALAYSIA DIKEHENDAKI MENGHORMATI, MENGHARGAI, SERTA MEMAHAMI MAKSUD DAN KANDUNGAN SERTA LATAR BELAKANG SEJARAH PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN NEGARA. PERLEMBAGAAN NEGARA TELAH DIGUBAL BERASASKAN KESEPAKATAN SEMUA KAUM DAN SEMUA PIHAK DI NEGARA INI. DENGAN DEMIKIAN IA MERUPAKAN SATU KONTRAK SOSIAL RAKYAT YANG TIDAK BOLEH DIPERSOALKAN DAN DIGANGGU GUGAT OLEH MANA-MANA INDIVIDU ATAU MANA-MANA PIHAK. PERLEMBAGAAN MALAYSIA MENENTUKAN POLA POLITIK DAN KEDUDUKAN SOSIO-EKONOMI RAKYAT DI NEGARA INI. IA ADALAH SUMBER RUJUKAN BAGI SEGALA HAL YANG BERKAITAN DENGAN SISTEM PEMERINTAHAN, PERUNDANGAN, KEDUDUKAN DAN HAK SOSIO-EKONOMI RAKYAT.
4.KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KEADILAN DIASASKAN ATAS KEDAULATAN UNDANG-UNDANG DI MANA SETIAP RAKYAT SAMA TARAFNYA DI SISI UNDANG-UNDANG NEGARA. KEBEBASAN ASASI TERJAMIN BAGI SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA. UNDANG-UNDANG NEGARA BERASASKAN KEPADA PERLEMBAGAAN. OLEH ITU KEDAULATANNYA PERLU DITERIMA DAN DIPERTAHANKAN. TANPA UNDANG-UNDANG, HIDUP BERMASYARAKAT DAN BERNEGARA TIDAK AMAN DAN STABIL. OLEH ITU UNDANG-UNDANG NEGARA DIJAMIN PULA OLEH INSTITUSI KEHAKIMAN YANG BEBAS DAN BERWIBAWA. SETIAP NEGARA MEMERLUKAN UNDANG-UNDANG UNTUK MENGAWAL DAN MEWUJUDKAN SATU MASYARAKAT YANG AMAN, STABIL DAN MAKMUR. KEWUJUDAN UNDANG-UNDANG AKAN MENJAMIN KEHIDUPAN ANGGOTA MASYARAKAT DAPAT BERGERAK DENGAN LICIN DAN TERATUR TANPA SEBARANG KEKACAUAN, DI MANA SEMUA ANGGOTA MASYARAKAT AKAN MERASA SELAMAT. HAK-HAK SEMUA RAKYAT BOLEH DIAMALKAN DENGAN BEBAS ASALKAN TIDAK MELANGGAR UNDANG-UNDANG SERTA PERKARA-PERKARA SEBAGAIMANA YANG DIJAMIN OLEH PERLEMBAGAAN NEGARA.
5.KESOPANAN DAN KESUSILAAN
PRINSIP KE LIMA INI MENEKANKAN PERKEMBANGAN PERSONALITI DAN TINGKAH LAKU SESEORANG RAKYAT. TUJUANNYA ADALAH UNTUK MEMBENTUK WARGA NEGARA YANG BERSOPAN SANTUN DAN BERSUSILA SELARAS DENGAN KEMPEN BUDI BAHASA DAN NILAI MURNI YANG DIJALANKAN SEKARANG. SIFAT INDIVIDU YANG BERSOPAN SANTUN DAN BERSUSILA ADALAH PALING BERMAKNA DAN AMAT PENTING DALAM KONTEKS PERHUBUNGAN ANTARA SATU SAMA LAIN DALAM MASYARAKAT PELBAGAI KAUM DI NEGARA INI. SIKAP BERSOPAN SANTUN DAN BERSUSILA PATUT DIAMALKAN BAGI MEMBENTUK SESEORANG INDIVIDU DAN MASYARAKAT YANG BERDISIPLIN SERTA BERMORAL TINGGI YANG AKAN MEMBANTU MEWUJUDKAN SEBUAH MASYARAKAT YANG HARMONI. TATASUSILA INI MEMBENCI DAN MENGUTUK TINGKAH LAKU ATAU PERBUATAN YANG ANGKUH ATAU MENYINGGUNG PERASAAN SESEORANG ATAU SESUATU GOLONGAN. TINGKAH LAKU SOPAN JUGA MENGANDUNGI SUATU DARJAH KESUSILAAN YANG TINGGI DALAM KEDUA-DUA KEHIDUPAN PERSENDIRIAN DAN KEHIDUPAN BERNEGARA. PRINSIP INI MENJADI PANDUAN SUPAYA PERILAKU MASYARAKAT SENTIASA TERPELIHARA DAN BERKEMBANG SESUAI DENGAN KEPERIBADIAN BANGSA DAN NILAI-NILAI MURNI.
KEPENTINGAN RUKUN NEGARA
- NEGARA MENJADI PANDUAN BAGI RAKYAT MEMUPUK SEMANGAT SETIA KAWAN DAN KECEMERLANGAN HIDUP BERMASYARAKAT SERTA BERNEGARA.
- SELAIN ITU RUKUN NEGARA BERMATLAMAT MEMBENTUK MASYARAKAT YANG ADIL DAN SAKSAMA SUPAYA KEMAKMURAN NEGARA DAPAT DINIKMATI BERSAMA-SAMA.PRINSIP RUKUN NEGARA SEBENARNYA BERKAIT RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN.
- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN ANTARA LAIN MENERAPKAN BAHAWA KEPERCAYAAN BERAGAMA BOLEH MENGUKUHKAN IKATAN SEMUA BANGSA SETERUSNYA MEMANTAPKAN INSTITUSI NEGARA KERANA RAKYATNYA MEMPUNYAI PEGANGAN HIDUP.
- TAHAP KESETIAAN YANG TINGGI DIBERIKAN KEPADA RAJA DAN NEGARA PULA AMAT BERSESUAIAN KERANA RAJA IALAH LAMBANG PERPADUAN NEGARA.
- KELUHURAN PERLEMBAGAAN PULA IALAH SUMBER PERUNDANGAN NEGARA YANG TERTINGGI DAN HARUS DITERIMA, DIPATUHI SERTA DIPERTAHANKAN OLEH RAKYAT.
- KEDAULATAN UNDANG-UNDANG PULA MEMBERI KEADILAN KEPADA SETIAP RAKYAT DI NEGARA INI KERANA DIJAMIN OLEH INSTITUSI KEHAKIMAN YANG BEBAS DAN BERWIBAWA.
- PRINSIP KESOPANAN DAN KESUSILAANMEMENTINGKAN PERLAKUAN YANG SOPAN DALAM KALANGAN RAKYAT UNTUK MENJAGA HUBUNGAN BAIK MASYARAKAT PELBAGAI KAUM DI NEGARA INI.
- SEHUBUNGAN DENGAN ITU RAKYAT HARUS SEDAR RUKUN NEGARA MAMPU MENERAPKAN AMALAN MENGHORMATI UNDANG-UNDANGDALAM KALANGAN MASYARAKAT PELBAGAI AGAMA DAN BUDAYA DI NEGARA INI.
- IA JUGA MENGINGATKAN RAKYAT SUPAYA MENGHORMATI SENSITIVITI KAUM AGAR KEAMANAN DAN KEHARMONIAN NEGARA DAPAT TERUS DIPELIHARA.
- PENGAMALAN RUKUN NEGARA AKAN MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERSATU PADU,BERMUHIBAH TANPA MENGIRA KAUM SERTAA BERSIKAP SALING HORMAT MENGHORMATI DI ANTARA SATU SAMA LAIN.
- MELALUI PERPADUAN AKAN DAPAT MEMBANTU NEGARA KITA MEMPERTINGKATKAN DAN MEMPERGIATKAN LAGI PERTUMBUHAN EKONOMI MENGEKALKAN KESTABILAN POLITIK DAN SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA YANG BERSIFAT LIBERAL DAN DEMOKRATIK.
PERANAN RUKUN NEGARA DALAM PERPADUAN MASYARAKAT
BERDASARKAN PRINSIP YANG PERTAMA, IAITU KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN DI MANA SEMUA RAKYAT MALAYSIAHARUS MENGAKUI BAHAWA TUHAN MELEBIHI SEBARANG KUASA LAIN. ISLAM YANG DIPILIH SEBAGAI AGAMA RASMIPERSEKUTUAN MALAYSIA TELAH MENJADI RUJUKAN DAN PANDUAN KESELURUHAN UMAT MANUSIA.SECARA UMUMNYA, SESEORANG YANG PATUH DAN TAAT KEPADA AJARAN AGAMANYA MEMPUNYAI BUDI PERKERTIYANG MULIA SERTA SIFAT-SIFAT YANG TERPUJI. KETEGUHAN IMANNYA DAN BERSIKAP TOLONG MENOLONG KEPADA ORANGYANG SUSAH TANPA MENGIRA KAUMBERDASARKAN KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN YANG MAHA BERKUASA RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI SIKAP RENDAHDIRI DAN SENTIASA BERSYUKUR DAN MENGHARGAI NIKMAT YANG DIBERIKAN OLEH TUHAN.
PRINSIP KEDUA KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA YANG MENEKANKAN ASPEK MELETAKKAN YANG DIPERTUAN AGONG ADALAH LAMBANG PERPADUAN NEGARA KITA.DALAM KONTEKS PERHUBUNGAN RAKYAT DAN RAJA; RAKYAT HARUS MENCURAHKAN TAAT SETIANYA KEPADA RAJAMANAKALA RAJA ATAU PEMERINTAH HARUS MENYEDIAKAN PERLINDUNGAN KEPADA NEGARA DAN SELURUH RAKYATJELATAHUBUNGAN TIMBAL BALAS INI MELETAKKAN ASAS KESETIAAN TIDAK BERBELAH BAHAGI DALAM KALANGAN RAKYAT LANTASMEMBENTUK SEMANGAT KEBANGSAAN YANG BOLEH MENYATUPADUKAN RAKYAT SEMUASEBAGAI CONTOH, JIKA SESEORANG RAKYAT MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA MENGHADAPI KESUSAHAN, MAKAKEDUTAAN NEGARA KITA SEBAGAI WAKIL YANG DIPERTUAN AGONG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBANTUNYASIKAP RENDAH DIRI DAN MEMAHAMI AKAN KEPENTINGAN ORANG LAIN DAPAT MEMBENTUK PERPADUAN DALAMKALANGAN MASYARAKAT KITA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN MENGKEHENDAKI SETIAP RAKYAT MENGHORMATI DAN MEMATUHI PERLEMBAGAAN.SETIAP WARGANEGARA MALAYSIA SEHARUSNYA PATUH AKAN PERLEMBAGAAN SUPAYA NEGARA MENJADI AMAN DANDAMAI. DALAM KONTEKS INI, TIADA INDIVIDU YANG TERKECUALI DARIPADA MEMATUHI PERLEMBAGAAN.PERLEMBAGAAN BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA HAK RAKYAT SERTA MENJAMIN KEMAKMURAN DAN PERPADUANNEGARA.SEBAGAI CONTOH, SESEORANG TIDAK BOLEH MEMPERSOALKAN KESETIAAN SESEORANG RAKYAT LAIN BERDASARKANKETURUNAN ATAU KAUM. PADA HAKIKATNYA, PERLEMBAGAAN MENENTUKAN BENTUK PENTADBIRAN SERTAMELINDUNGI HAK ASASI MANUSIA SECARA KESELURUHANNYA.
PRINSIP KEDAULATAN UNDANG-UNDANG BERTUJUAN MENJAMIN KEADILAN DALAM NEGARA MALAYSIA.DENGAN KATA LAIN, SEMUA RAKYAT ADALAH SAMA DI SISI UNDANG-UNDANG. SESIAPA YANG MELANGGAR UNDANG-UNDANG NEGARA AKAN DIHUKUM TANPA MENGIRA BANGSA DAN KAUMNYADI MALAYSIA, UNDANG-UNDANG YANG SEDIA ADA MEMANG CUKUP BAIK DAN RELEVAN DALAM MEMBENDUNGMASALAH SEPERTI JENAYAH,PENIPUAN, PENINDASAN DAN SEBAGAINYAKEADAAN INI DAPAT DIBUKTIKAN DI MANA KES-KES JENAYAH BERADA PADA INDEKA RENDAH BERBANDING DENGANNEGARA-NEGARA LAIN DI RANTAU INI.
PRINSIP KELIMA BERMAKNA BAHAWA RAKYAT MALAYSIA HARUS BERTOLAK ANSUR, BERTIMBANG RASA DANBERKELAKUAN BAIK.PENGAMALAN PRINSIP KESOPANAN DAN KESUSILAAN INI BOLEH MEMBAWA KEPADA PERHUBUNGAN YANG HARMONIDALAM MASYARAKAT KITA. RAKYAT YANG BERSOPAN SANTUN DAN BERTATASUSILA DAPAT MEMBENTUK MASYARAKATYANG BERSATU-PADU.PRINSIP INI SANGAT PENTING UNTUK MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG MENGHORMATI DAN MENGHARGAIKEPENTINGAN KAUM LAIN. SESUAI DENGAN MALAYSIA YANG TERDIRI DARIPADA MASYARAKAT MAJMUK, RAKYAT HARUS MENGHORMATI DAN SLING MEMAHAMI ADAT RESAM DAN NILAI HIDUP KAUM LAIN DAN TIDAK MENYINGGUNGPERASAAN ORANG LAIN.
SIGNIFIKASI AND JUSTIFIKASI
1.Mencapai Perpaduan yang Lebih Erat.
Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli–ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan perbezaan kepercayaan masing-masing. Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai perbezaan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tampa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.
2.Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik.
Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalah gunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkan demokrasi. Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum, jika mahu, kestabilan dan keselamatan negara berkekalan.
3.Mencipta Sebuah Masyarakat Yang Adil.
Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dapat dibahagikan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini, pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.
4.Membentuk Satu Sikap Yang Liberal.
Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama dan adat resam serta kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang negara diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan, semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia.
5.Membina Sebuah Masyarakat Progresif.
Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan di bidang sains dan teknolagi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengtahuan, sains dan teknologi. Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020. Tetapi kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas agama dan nilai-nilai ketuhanan.
Suveetha Vashini a/p P. Subramaniam
(33DFO18F1016) Dharshini A/P Balakrishnan (33DFO18F1020) Usha A/p S. Ramesh (33DFO18F1014) Sivesh Rao a/L Aplasamy (33DFO18F1018)
No comments:
Post a Comment